Artikel

Malaysia Dan AS Teroka Kerjasama – Perkasa Pelaburan, Bangunkan Pertanian Pintar

Memahami kepentingan meningkatkan tahap keselamatan jaminan makanan pada pasaran hadapan – Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kini meneroka kerjasama dalam meluaskan langkah strategik pada teknologi pertanian dan pembangunan agromakanan. 

Penelitian ini dicapai ketika pertemuan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama delegasi AS Jabatan Pertanian (USDA) dicapai pada minggu ini. Di mana kedua pihak kini menumpukan potensi perluasa perdagangan pertanian dua serta perkasakankan kemasukan pelaburan dan membangunkan pertanian pintar bersama teknologi semasa.

Usaha ini turut dijangka dapat meningkatkan manfaat bersama kepada petani dan pemain industri kedua-dua negara.

KPKM juga turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan USDA dalam memodenkan pengeluaran jagung bijirin bagi kegunaan makanan ternakan. Matlamat itu dijangka akan membantu menambahbaik segmen penternakan tempatan pada pasaran yang lebih luas, di samping meraih pengurusan kos operasi yang lebih baik.

Secara menyeluruh, nilai perdagangan pertanian Malaysia bersama AS kini merekodkan RM14.68 bilion bagi tempoh 9 bulan pertama 2025 – secara langsung mencerminkan peranan AS selaku rakan strategik utama Malaysia dalam meningkatkan rantaian bekalan makanan global.