Artikel

FLYsiswa, Baucar RM400 Pelajar Beli Tiket Penerbangan – Kini Diperluas Kepada 4 Kategori

Setelah memanfaatkan pelajar pengajian awam iaitu IPTA, Kolej Komuniti, Matrikulasi dan IPG – Malaysia kini meluaskan inisiatif FLYsiswa baucar RM400 tiket penerbangan itu kepada tambahan 4 kategori kumpulan pelajar. 

Jelas Kementerian Pengangkutan (MOT) pada pelancaran minggu ini, ia diperluaskan kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM), Universiti Separa Kerajaan (GLU) dan Institusi Pengajian Tinggi Milik Kerajaaan Negeri (IPT). Kemasukan ini bermakna sekitar 6,278 pelajar tambahann akan meraih manfaat tersebut pada tahun ini.

Berikutan penambahan 4 kategori pelajar tersebut, langkah itu akan melibatkan peruntukan tanggungan sebanyak RM24 juta.

Dengan akses tersebut, pelajar yang terlibat akan meraih baucar digital RM400 bagi mana-mana perjalanan penerbangan seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan AirBorneo.