Sistem kehakiman negara kini dilihat miliki beban kerja yang tinggi, apabila jumlah kes mahkamah mencatatkan lonjakan drastik sebanyak 60% sejak tahun 2021, sekali gus mencetuskan keperluan mendesak bagi penambahan bilangan Hakim di Malaysia.
Buat masa ini terdapat kira-kira 482 orang Hakim meliputi Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Majistret di pasaran semasa.
Sebagai perincian, mengikut laporan pendaftaran kes jenayah di Malaysia telah meningkat daripada 1.52 juta kes pada 2021 kepada 2.48 juta kes pada November 2025. Rekod ini jelas menunjukkan berlaku kenaikan sekitar 63.37%. Sementara kes sivil pula meningkat 59% kepada 483,933 kes pada November 2025 berbanding 303,335 kes pada 2021.
Dengan pertambahan tersebut mengikut jumlah populasi Malaysia seramai 36 juta orang – didapati secara puratanya seorang Hakim mahkamah atasan perlu mewakili sekitar 239,852 penduduk. Nisbah yang besar ini meletakkan tekanan luar biasa kepada para hakim untuk menyelesaikan kes secara berkualiti dan tepat pada masanya.