Artikel

Foodie Media Untung RM3.78 Juta – Margin Melonjak 30% Hasil Displin Pengurusan Kos

Suku pertama yang berakhir pada 30 November lalu, memaparkan Foodie Media meraih untung bersih sebanyak RM3.78 juta disusuli rekod hasil mencapai RM12.6 juta.

Prestasi ini mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, didorong akan pengurusan kos yang berdisplin serta pertumbuhan penerbitan media digital yang semakin berkembang. Apa yang menarik sebahagian besar yang dijana kumpulan adalah meraih daripada pasaran Malaysia sendiri.

Pulangan itu sekali gus mencerminkan pengukuhan Foodie Media pada pasaran Malaysia semakin tinggi di bawah saluran 37 jenama dengan capaian 46 juta pengikut di Asia Tenggara. Jelas Foodie Media, hasil kumpulan turut memperlihatkan pulangan yang positif dari pasaran luar negara seperti Ireland dan Singapura.

Setakat November lalu Foodie Media telah memiliki sejumlah RM50.6 juta tunai dan deposit jangka pendek disusuli jumlah pinjaman kekal rendah sekitar RM400,000.