Artikel

Mulai Hari Ini – AirBorneo Beralih Guna Kod Penerbangan MY

Bermula hari ini, AirBorneo secara rasminya laksana peralihan kod penerbangan daripada MH kepada MY pada operasi perkhidmatan kumpulan. Perubahan ini secara langsung menjadi penanda akan peralihan operasi AirBorneo yang sebelum ini di bawah sistem MASwings – Malaysia Airlines kepada sistem kawalan berlepas (DCS) mereka sendiri.

Dengan perubahan kod MY sendiri, AirBorneo memiliki kawalan penuh ke atas jadual, harga tiket dan pengurusan penumpang mereka tanpa perlu bergantung kepada infrastruktur sistem lama melibatkan operasi sebelumnya.

Maka para penumpang diminta peka akan nombor penerbangan anda bagi menghindari permasalahan ketika menyemak waktu berlepas dan destinasi perjalanan.  Perubahan ini untuk makluman melibatkan kod lama siri MH3000 kepada MY3000. Pemindahan kod dijelaskan dilaksana secara serentak di semua 21 lapangan terbang Sabah, Sarawak dan Labuan yang menawarkan perkhidmatan AirBorneo.