Untuk memastikan tahap ketelusan harga pasaran diraih pengguna Malaysia, kelak satu harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai (UCO) akan diperkenalkan pada suku pertama 2026 ini.
Penanda aras harga UCO yang dikemuka pada sidang Seminar Tinjauan dan Unjuran Ekonomi Minyak Sawit (R&O) 2026 hari ini untuk makluman adalah di bawah semakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Di mana pengenalan rujukan harga ini tidak sekadar melindungi pemain industri tetapi untuk menangani isu manipulasi harga di pasaran semasa.
Dengan pendekatan ini, ia juga akan membantu ekosistem minyak terpakai mengurangkan tindakan pembuangan sisa minyak secara tidak terkawal dan meningkatkan langkah penukaran minyak terpakai bersama hasil yang lebih baik. Usaha ini akan membantu meningkatkan kelestarian industri bagi jangka masa panjang.
Lebih menarik pengenalan harga rujukan ini akan menjadikan minyak masak terpakai sebagai komoditi rasmi yang mempunyai nilai tetap, sama seperti harga buah sawit (FFB) atau harga minyak sawit mentah (CPO) yang mempunyai harga rujukan harian. Menerusi penanda aras harga itu, ini akan meningkatkan lagi nilai minyak masak terpakai pada ekonomi pusingan dalam penghasilan biodiesel, biofuel, bahan api penerbangan lestari, pembuatan sabun, serta campuran makanan haiwan.