Ernst & Young PLT dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini mencapai kerjasama strategik melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam meningkatkan kualiti pendidikan perakaunan, memperkukuh kesediaan bakat, serta meluaskan pendedahan kepada kemahiran industri yang relevan, termasuklah keupayaan baharu dalam kecerdasan buatan (AI).
Kesepakatan selama 3 tahun ini, sekali gus akan menambah baik ekosistem pembelajaran dalam program Diploma Perakaunan (DIA) MARA menerusi inisiatif bimbingan profesional serta membina rantaian bakat perakaunan Bumiputera bersama pemain ekonomi di pasaran semasa.
EY optimis pihaknya dapat melengkapkan pelajar Malaysia bersama sokongan MARA dengan pendedahan praktikal yang lebih mendalam selaras dengan permintaan pasaran, di samping meningkatkan pendedahan kemahiran berkaitan AI, dan minda profesional yang diperlukan dalam persekitaran perniagaan global.