Artikel

Sunway Mahu Ambil Alih IJM Corp – Tawar Nilai RM11 Bilion

Sunway kini laksana tawaran ambil alih sukarela bersyarat terhadap IJM Corporation dengan nilai menyeluruh RM11 bilion.

Langkah strategik korporat ini dijangka akan mengukuhkan kedudukan Sunway sekali gus menjadikan konglomerat hartanah dan pembinaan terbesar di Malaysia dari aspek jumlah aset serta nilai pendapatan.

Berdasarkan tawaran itu, harga ditetapkan pada RM3.15 bagi setiap saham, yang mewakili premium 14.55% berbanding harga penutup terakhir RM2.75. Pertimbangan pembelian ini akan diselesaikan menerusi tindakan gabungan 10% tunai disusuli 90% lagi menerusi penerbitan saham baharu.

Dan jika peralihan ini berjaya direalisasikan, maka IJM berpotensi dikeluarkan daripada senarai Bursa Securities dan dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang suku ketiga 2026.