Artikel

KWSP Kurangkan Pegangan Dalam Maybank – Alih Fokus Pada Pulangan Bank Lain

Awal tahun ini memperlihatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil tindakan mengurangkan kepentingan mereka pada Malayan Banking (Maybank) yang ketika ini sekitar 11.5%.

Tindakan ini berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia minggu lalu menjelaskan KWSP telah menurunkan pegangan sekitar 199 juta saham menjadikan kumpulan miliki sebanyak 1.39 bilion saham berbanding 1.58 bilion saham ketika harga saham Maybank diniaga antara RM9.39 dan RM10.72.

Berbeza pula dengan pegangan ekuiti lain, KWSP dilihat telah meningkatkan kepentingannya pada Ambank (17.48%), CIMB (18.29%) dan Hong Leong Bank (9.94%). Namun RHB Bank pula alami sedikit penurunan kepada 38.11%.

Biarpun berlaku penurunan pegangan pada Maybank, notis Bursa ini menjelaskan KWSP masih kekal selaku pemegang saham kedua terbesar Maybank selepas Permodalan Nasional Bhd (PNB). Penurunan itu dilihat sebagai antara strategi KWSP dalam mengalihkan pelaburan mereka kepada perbankan lain yang memiliki dividen lebih tinggi bersama pertumbuhan yang lebih kukuh.

Dengan peningkatan pegangan pada sebilangan bank usaha ini secara berkala akan pertingkatkan penguasaan porfolio KWSP dan beri kelebihan kepada pulangan pencarum di pasaran hadapan.