Artikel

Kelantan Kaji Semula Kadar Zakat Padi 5%, 10% – Berdasarkan Jenis Sumber Air Yang Diguna

Untuk memastikan sistem zakat lebih saksama dan bersesuaian dengan perkembangan pasaran mendasari kos pertanian semasa – Kelantan kini mengkaji semula kadar zakat padi, yang mana meneliti cadangan kadar 5% untuk tanaman padi yang menggunakan air berbayar, pergairan sementara 10% pula untuk tanaman padi yang menggunakan sumber air hujan semulajadi. 

Semakan ini menurut Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dilihat wajar bagi menyesuaikan kewajipan zakat padi berlandaskan status ekonomi kumpulan pesawah dan aliran pasaran semasa.

Selain sumber air yang digunakan, pelarasan kadar zakat itu turut merangkumi kos operasi seperti bahan tanaman, benih, baja serta jentera yang digunapakai. Dengan perubahan pelarasan kadar zakat tersebut kelak, Kelantan optimis kadar zakat padi baharu ini dapat direalisasikan pada tahun ini dan dapat menyediakan rangka polisi zakat yang lebih efektif dan menyeluruh kepada penduduk negeri tanpa membebankan pihak yang berkelayakan.

Buat pengetahuan umum, setakat 2025 – kadar zakat padi di Kelantan secara tradisinya adalah 10% daripada jumlah tuaian bagi setiap musim. Di mana ia dikira setelah hasil mencapai nisab iaitu kadar minimum yang mewajibkan pesawah membayar zakat.