Selepas bertugas kira-kira 18 bulan, data pasaran pekerjaan menunjukkan secara puratanya pekerja muda kalangan usia 20-an khususnya Generasi Z (Gen Z) dan milenial dilihat menjadi antara kumpulan pekerja yang kerap menukar pekerjaan di Malaysia.
Tinjauan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dapati amalan ini dilihat berlaku lebih ketara selepas tempoh pembayaran bonus akhir tahun. Berikutan budaya ini, MEF mendapati tindakan agresif itu didorong akan beberapa faktor utama. Antaranya pekerja muda mahu memiliki keseimbangan akses fleksibeliti yang tinggi, ketidaksepadanan jangkaan berhubung pekerjaan yang diinginkan dengan realiti pekerjaan semasa, mahu kemajuan kerjaya yang lebih pantas serta ingin memanfaatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di bawah plaform pengambilan digital.
Namun amalan ini mengikut laporan TheStar secara jelas tidak seragam dengan perolehan pendapatan yang setimpal, susulan manfaat gaji dan faedah yang lebih tinggi didatangi dengan pengalaman yang lebih berstruktur serta kadar berhenti kerja yang lebih rendah. Tetapi sebaliknya yang dilaksanakan oleh pekerja muda negara.
Selain mengubah pendekatan menimba pengalaman dalam pekerjaan, MEF turut menyeru pekerja muda di Malaysia untuk membina tahap kemahiran yang lebih luas disamping memikul peranan pekerjaan semasa. Dengan kelebihan tersebut, ia tidak sekadar menambah nilai kualiti pekerja tetapi turut kekal relevan dengan permintaan tenaga kerja di pasaran hadapan.