Artikel

Kadar Pengangguran Di Malaysia Kini 2.9% – Jadi Paras Terendah Sejak 11 Tahun

Kadar pengangguran di Malaysia bagi November 2025 kini mencatatkan rekod terbaik, iaitu paras 2.9% menjadi kadar pengangguran terendah sejak 11 tahun. Kali terakhir Malaysia meraih rekod pengangguran terendah adalah pada November 2014.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ini menjelaskan prestasi itu didorong hasil perkembangan ekonomi negara yang semakin menggalakkan – yang secara langsung menyokong pertumbuhan yang stabil pada pasaran buruh Malaysia. Di mana terdapat pertambahan 0.2% kepada 17.61 juta tenaga kerja di negara. Sebagai perincian, sektor Perkhidmatan dan Pembuatan terus menjadi segmen ekonomi yang aktif dalam mengukuhkan pasaran buruh negara.

Hasil daripada prestasi itu, ketika ini Malaysia memiliki seramai 12.7 juta individu berstatus pekerja, disusuli 3.26 juta individu pula berstatus bekerja sendiri, 589,300 pula berstatus majikan dan 464,400 pekerja pula berkhidmat dengan keluarga tanpa gaji.

Sementara kumpulan penduduk bekerja yang mengambil langkah tidak bekerja buat sementara waktu pula adalah seramai 79,100 individu.