Artikel

Untung Syarikat Induk Uniqlo Melonjak 34% – Tekad Perkukuh Segmen Antarabangsa 

Syarikat induk Uniqlo, Fast Retailing, terus mencatatkan prestasi pertumbuhan yang kukuh apabila keuntungan operasi suku tahunannya melonjak 34% kepada $1.3 bilion. Perkembangan positif ini secara tidak langsung meletakkan syarikat di landasan yang tepat untuk mencatatkan keuntungan bagi tahun kelima berturut-turut.

Menurut kumpulan, peningkatan ini didorong oleh pengembangan agresif di pasaran antarabangsa yang menyumbang kepada pertumbuhan keuntungan sebanyak 41.6%. Selain pasaran Asia, Fast Retailing kini turut mengukuhkan kehadiran jenama mereka secara meluas di pasaran lain seperti Amerika Utara dan Eropah.

Secara keseluruhannya, kumpulan telah meningkatkan sasaran keuntungan operasi tahunan kepada 650 bilion yen, berbanding sasaran awal sebanyak 610 bilion yen.