Bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Aidilfitri tidak lama lagi, AirAsia kini mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan buat pengguna Malaysia buat perjalanan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.
Inisiatif tempahan ini untuk makluman telahpun dibuka buat perjalanan bagi perayaan Tahun Baru Cina iaitu bermula 8 Januari sehingga 24 Februari 2026. Sementara perjalanan sehala sempena Aidilfitri juga telah dibuka sehingga 26 Mac 2026 kelak.
Tempahan ini dijelaskan melibatkan lebih 31,000 tempat duduk tersedia buat pengguna negara pada perjalanan sehala tersebut. Dengan tambang tetap ke Sarawak sekitar RM328 dan ke Sabah sekitar RM398.
Inisiatif ini juga turut terpakai buat pemegang baucar FLYsiswa RM400. Dengan sokongan kewangan ini, komitmen kos perjalanan pelajar pada musim perayaan kelak akan menjadi lebih mampu milik dan mudah diuruskan.
