Artikel

Penjawat Awam KL, Putrajaya Dan Labuan Dapat Cuti Ganti – Pada 2 Februari Ini

Berita baik buat penjawat awam perkhidmatan awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan – kini dimaklumkan raih cuti ganti pada 2 Februari 2026 susulan berlakunya pertindihan cuti Hari Wilayah dan Thaipusam 2026. 

Penetapan ini jelas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah selari dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang memperuntukan mana-mana Hari Kelepasan Am jatuh pada tarikh mingguan maka hari berikutnya perlulah diberi cuti ganti.

Selari dengan pertindihan cuti pada hari yang sama iaitu 1 Februari 2026, maka semua pejawat awam di WP akan meraih cuti ganti pada 2 Februari 2026 ini.

Berbeza dengan penjawat swasta yang berkaitan, yang menetapkan Hari Thaipusam sebagai cuti am mereka – kumpulan ini menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sebelum perlulah memberi cuti ganti tambahan kepada petugas mereka sebagaimana termaktub dalam 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955.