Artikel

MyKad, Pasport Malaysia Akan Berwajah Baharu – Seawal Suku Kedua 2026 Ini

Seawal suku kedua 2026 iaitu dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, dimaklumkan MyKad dan pasport Malaysia akan berwajah baharu. 

Pembaharuan ini menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada sidang amanat KDN hari ini akan membantu mengukuhkan sistem kelamatan dokumen pengenalan diri penduduk negara dan membantu menangani isu pemalsuan dokumen.

Perubahan ini turut melibatkan MyKad, MyTentera dan MyPoCA (iaitu individu di bawah pengawasan perundangan). Sebelum ini dijelaskan kad pengenalan baharu ini turut akan menyertakan kod QR bagi membolehkan pengesahan secara digital dapat dilaksanakan rakyat negara.

Proses pertukaran tersebut dijelaskan akan dilaksana secara berfasa dan menepati piawaian keselamatan data negara. Selain usaha tersebut Rang Undang-Undang Perlembagaan (pindaan) berkaitan warganegara turut diumumkan akan berkuatkuasa sekitar Jun dan Julai 2026 ini.