Artikel

Agensi Pelancongan Tawar Pakej Umrah Diarah Wajib Sedia Jaminan Bank – Untuk Lindungi Wang Jemaah

Untuk memastikan pengguna meraih pengalaman umrah yang selamat tanpa sebarang kerungsingan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kini menggesa semua agensi pelancongan yang menyediakan pakej umrah menyertakan jaminan bank secara mandatori – berkuat kuasa serta-merta. 

Syarat ini bagi memastikan wang jemaah sentiasa dilindungi dan akan meraih pampasan sekiranya berlaku sebarang kesulitan mahupun kecuaian agensi. Dengan jaminan bank, langkah ini turut akan membentuk ekosistem pelancongan yang selamat dan kekal diyakini para pengguna Malaysia.

Tuntutan ini penting untuk tidak mengulangi isu 36 jemaah umrah yang terkandas atas faktor kegagalan agensi memenuhi tanggungjawab mereka. Jelas MOTAC tindakan menyegerakan tuntutan ini telahpun dizahirkan sejak tahun lalu khususnya buat pengendali pakej umrah, sebagaimana yang di peruntukan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).