Bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk meningkatkan hak pekerja di pasaran, sebagaimana yang dinyatakan pada Belanjawan 2026 – kelak Mahkamah Buruh Bergerak akan diwujudkan pada pasaran semasa, yang dijangka selewatnya beroperasi pada Ogos 2026.
Makluman Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) ini menjelaskan sejumlah RM5 juta diperuntukkan pada inisiatif tersebut secara berperingkat. Di mana dalam tempoh tersebut sekitar 3 unit kenderaan akan diubahsuai melaksanakan akses tersebut di Semenanjung Malaysia.
Dengan akses tersebut, pekerja yang berdepan isu pekerjaan tidak lagi perlu pergi ke cawangan mahkamah utama tetapi akses ini akan tersedia buat kumpulan pekerja luar bandar. Untuk peringkat awal ia akan dilaksanakan di Semenanjung sebelum diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
Tambahan kepada pelaksanaan tersebut, Kesuma turut akan mengukuhkan kecekapan Mahkamah Buruh dengan pemasangan Sistem Perekodan Digital (SPD) – di mana sokongan itu akan mempercepatkan prosiding perbicaraan, meningkatkan tahap ketelusan serta rekod yang lebih sistematik.