Bermula 27 Januari 2026 kelak, bagi perbelanjaan menggunakan kad Maybank menerusi Google Pay akan dihadkan tidak lebihi RM2,500 pada setiap transaksi. Jelas Maybank pada notis terkini mereka, sekiranya transaksi itu melebihi amaun tersebut maka pengguna Maybank perlu menggunakan kad fizikal untuk pembayaran yang terlibat.
Sementara untuk perbelanjaan lebihi RM250, dijelaskan tidak lagi memerlukan pengguna untuk memasukkan nombor PIN kad. Langkah ini secara jelas meningkatkan lagi pengalaman pembayaran pengguna bersama Maybank melalui Google Pay.
Dengan pelarasan baharu bersama akses Google Pay ini, diharap pengguna Maybank berkaitan peka akan perubahan sedemikian bagi memastikan urusniaga transaksi tidak berdepan sebarang kesulitan. Untuk perincian lanjut, semua pengguna boleh layari laman rasmi Maybank atau hubungi khidmat pelanggan perbankan.