Tune Group, syarikat pelaburan milik Tony Fernandes kini dilaporkan telah mengurangkan pegangan saham mereka dalam AirAsia X sebanyak hampir 15% kepentingan.
Makluman kepada Bursa Malaysia ini menjelaskan, sekitar 66.8 juta saham telah dijual Tune Group kepada Nuodingyan Travel Service pada harga RM1.80 sesaham menerusi transaksi perniagaan langsung.
Pelupusan ini jelas AirAsia X pada notis berasingan adalah sebahagian langkah kedua pihak dalam merealisasikan matlamat penyatuan perniagaan penerbangan di bawah AirAsia. Buat pengetahuan umum, Nuodingyan merupakan agensi pelancongan yang berpangkalan di Sabah dan dengan peralihan tersebut ia kini menjadi pemegang saham utama ketiga di dalam AirAsia X. Langkah ini juga bertujuan memastikan pegangan saham Capital A dalam AAX berada di bawah 33% bagi mengelakkan obligasi pengambilalihan mandatori.