Artikel

Bank Negara Umum Dana Tambahan RM2.5 Bilion Buat PKS

Bagi menyokong pembangunan perniagaan kecil di Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengumumkan penambahan dana sebanyak RM2.5 bilion untuk pemain perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang laksana pinjaman kali pertama. 

Dana sokongan pada skim jaminan ini sekaligus dapat membantu peniaga kecil meraih akses modal yang lebih luas kesan kekangan pembiayaan. Setakat ini sahaja, BNM berjaya menyediakan pembiayaan konsesi sebanyak RM32.4 bilion. Dengan penambahan ini ia akan meningkatkan peruntukan Dana BNM kepada RM34.9 bilion.

Buat pengetahuan, akses ini tidak sekadar melibatkan inisiatif BNM semata tetapi turut meliputi kerjasama Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) dan rakan institusi kewangan di pasaran Malaysia.