Artikel

Harga Hartanah Dijangka Naik Sehingga 5% – Pada Tahun Ini

Tahun 2026 akan memperlihatkan peningkatan sederhana pada harga hartanah di pasaran Malaysia – dengan kenaikan kecil ini meliputi peratusan sekitar 2.5% sehingga 5%.

Peningkatan sederhana ini menurut laporan Utusan bersama penganalisis ekonomi memperlihatkan arena hartanah negara tidak lagi mempamerkan aliran pemulihan secara menyeluruh namun pemulihan tersebut kini berkembang secara berkala berlandaskan faktor lokasi, kualiti infrastruktur serta kemudahan yang memberi nilai tambah kepada pembeli.

Dengan tumpuan tersebut, tahun ini pemain industri menjangkakan segmen rumah mampu milik dan harga pertengahan sekitar RM300,000 sehingga RM600,000 akan terus menjadi pilihan dan pemacu pada transaksi hartanah di Malaysia. Selain menyasarkan kenaikan kecil berlaku pada harga hartanah, pemain industri turut optimis tahun 2026 akan menyaksikan pengekalan OPR di paras 2.75% yang sekali gus membantu pengguna meraih aliran pembayaran balik pinjaman yang lebih stabil.