Jika tahun 2023 dianggarkan rakyat Malaysia perlu miliki sehingga RM1 juta untuk bersara, ternyata jumlah itu dilihat akan terus meningkat apabila anggaran semasa kini menuntut rakyat Malaysia sekurangnya miliki simpanan antara RM1.3 juta sehingga RM1.5 juta untuk pencen dengan selesa.
Perihal ini didasari akan tekanan kos sara hidup semasa dan jangka hayat yang lebih lama akan dialami penduduk negara – iaitu memiliki lebih ramai masyarakat tua.
Kedudukan ini menurut laporan NST bersama Centre for Future Studies Berhad menjelaskan sekiranya jangka hayat seorang pencarum mencapai 80 tahun, maka keupayaan perbelanjaan perlu diteliti dengan baik sekiranya kumpulan ini bersara di usia 50-an. Di mana terdapat sekitar 30 tahun tempoh persaraan yang perlu dicatu oleh pencarum susulan kos sara hidup akan meningkat kesan inflasi perubatan dan perumahan.
Maka selari dengan tumpuan tersebut, KWSP melihat pengenalan RIA iaitu malaysiameningkatkan simpanan asas pencarumn kepada RM390,000 adalah bertepatan untuk memastikan kumpulan pencarum miliki tahap simpanan persaraan yang mencukupi. Tidak hanya itu pengenalan i-Simpan dan i-Topup juga bertujuan meningkatkan tabiat simpanan secara sukarela bagi mempercepatkan perolehan simpanan pencen yang kukuh kalangan pencarum KWSP.