Menyedari masih terdapat syarikat yang belum bersedia akan penerapan kos libatkan pelaksanaan e-Invois – Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang perutusan 2026 hari ini turut memaklumkan kerajaan bersetuju menangguhkan pelaksanaan e-Invois selama 1 tahun ke atas syarikat yang memiliki jualan tahunan antara RM1 juta sehingga RM5 juta.
Tindakan itu bermakna memberi ruang dan masa tambahan untuk syarikat terlibat dalam menyediakan komitmen kos e-invois setelah tempoh penangguhan berakhir.
Selain tindakan itu, kerajaan juga memaklumkan akan menaikkan ambang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tertakluk pada cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan daripada RM1 juta kepada RM1.5 juta jumlah jualan. Menerusi langkah itu, hanya perniagaan yang memiliki nilai jualan lebih RM1.5 juta setahun sahaja dikehendaki membayar cukai perkhidmatan sewaan tersebut.