Artikel

Krisis Venezuela: Harga Minyak Dunia Merosot, Pasaran Jangka Lambakan Bekalan

Langkah drastik Amerika Syarikat (AS) menahan pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, mula memberi kesan langsung kepada pasaran tenaga global apabila harga minyak mentah dunia mencatatkan kemerosotan pada dagangan hari ini.

Sebagai negara yang memiliki rizab minyak mentah terbesar di dunia, krisis kepimpinan di Venezuela mencetuskan jangkaan bahawa AS akan membuka semula pengeluaran minyak negara itu secara besar-besaran. Situasi ini mengikut laporan MalayMail mendorong kepada sentimen lebihan bekalan di pasaran, yang seterusnya memberi tekanan terhadap harga komoditi tersebut.

Berdasarkan data dagangan pagi di pasaran Asia, minyak mentah Brent menyusut 0.21% kepada $60.62 setong. Manakala, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turut mencatatkan penurunan sebanyak 0.35% kepada $57.12 setong.

Tindakan penahanan Maduro, yang didasari pertuduhan narkotik memberi isyarat jelas bahawa Washington akan mengambil alih pentadbiran sementara di Venezuela, termasuk mengawal infrastruktur minyak negara tersebut. Bagaimanapun, penganalisis berpendapat langkah itu bukanlah tugas mudah memandangkan AS perlu menampung kos pelaburan yang sangat tinggi untuk memulihkan semula infrastruktur aset-aset minyak Venezuela yang telah lama tidak diselenggara dan alami kerosakan yang tinggi.