Artikel

Pelancong Ke Bali Kelak Perlu Lalui Pemeriksaan Ketat – Antaranya Semakan Baki Akaun Simpanan

Kualiti berbanding kuantiti. Itulah matlamat baharu pentabiran Bali, Indonesia dalam merancang mengetatkan pemeriksaan ke atas kemasukan pelancong asing pada tahun ini. Tindakan itu termasuklah menilai keupayaan akaun simpanan pelancong selama tempoh penginapan dan aktiviti mereka di pusat peranginan tersebut.

Langkah ini menurut laporan Jakarta Globe sebagai tindak balas pentadbiran Bali meraih pelancongan yang lebih berkualiti.

Berlandaskan matlamat itu, Gabenor Bali I Wayan Koster menjelaskan tindakan itu berpotensi melibatkan semakan jumlah wang pada akaun simpanan pelancong asing bagi tempoh 3 bulan lepas. Dengan penelitian ini, ia secara langsung menakrifkan kemasukan pelancong asing terlibat tidak memiliki isu kewangan ketika melancong ke wilayah tersebut. Buat pengetahuan umum, tahun 2025 memperlihatkan sejumlah 7.05 jutta ketibaan pelancong asing telah direkodkan menerusi penerbangan dan 71,000 pada laluan laut.