Artikel

BNM Denda 10 Syarikat Khidmat Wang Berlesen – Kesan Tidak Mematuhi Akta Perniagaan

Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaklumkan, mengenakan penalti Monetari Pentadbiran (AMP) ke atas 10 perniagaan khidmat wang berlesen (MSB) susulan tidak patuh terhadap keperluan pengawalseliaan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 antara bulan Januari 2024 sehingga Jun 2025.

Jelas BNM, denda ini melibatkan kegagalan 10 perniagaan untuk mengemukakan maklumat statistik kepada BNM dalam masa yang ditetapkan dan tidak memenuhi keperluan dana modal minimum. Kedua keperluan itu penting untuk membantu BNM memantau dan memastikan kemampanan kumpulan peniaga yang terlibat dalam pasaran kewangan Malaysia.

Berlandaskan notis denda hari ini, penalti antara RM1,500 hingga RM3,000 telah dikenakan ke atas 10 perniagaan khidmat wang berlesen ini. Berikutan tindakan itu, kesemua 10 pemegang lesen MSB telahpun melunaskan bayaran denda mereka dan dijelaskan telah menambahbaik kelemahan pematuhan yang digariskan.