Artikel

Rakyat Kelantan Boleh Mohon Lesen Mendulang Emas – Mulai Januari 2026

Bermula esok iaitu 1 Januari 2026, rakyat Kelantan yang memiliki hasrat untuk menjadi pendulang emas, dimaklumkan boleh laksana permohonan lesen di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri.

Makluman pentadbiran negeri itu menjelaskan, buat masa ini tiada sebarang had ditetapkan oleh kerajaan negeri – ini bermakna semua pihak boleh mengisi permohonan tersebut dan akan diteliti dalam tempoh tertentu berdasarkan syarat kelayakan yang akan diteliti.

Buat masa ini pihak negeri memberi kebenaran akan aktiviti mendulang emas secara tradisional, namun penggunaan peralatan tertentu seperti mesin mudah alih yang dikategorikan sebagai industri, adalah tidak dibenarkan. Penggunaan peralatan itu sekaligus menjadikan ia sebagai aktiviti berbentuk industri maka pendulang yang terlibat perlu memohon lesen dan lalui syarat industri perlombongan yang lebih ketat.