Tahun 2026 memperlihatkan sasaran seramai 1.2 juta penumpang menggunakan khidmat tren elektrik (ETS) dengan dipacu 12 set tren baharu (ETS3) bagi laluan selatan dan utara di pasaran Malaysia yang mula beroperasi awal tahun kelak.
Jangkaan ini menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melibatkan purata 3,400 penumpang sehari dengan 2,600 penumpang bagi laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru. Sementara purata harian 400 penumpang dijangka menggunakan laluan Johor Bahru-Butterworth dan Johor Bahru-Padang Besar.
Melalui pengenalan set tren ETS3 yang lebih moden dan cekap ini, KTMB bukan sahaja berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan rel negara, malah dijangka bakal memberikan limpahan ekonomi yang signifikan khususnya kepada sektor pelancongan domestik sepanjang koridor utara dan selatan.
Langkah ini juga selari dengan aspirasi negara dalam memperkasakan sistem pengangkutan awam yang mampan serta mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan peribadi bagi perjalanan jarak jauh. Dengan penambahbaikan kapasiti ini, KTMB optimis dapat memenuhi permintaan mobiliti rakyat yang semakin meningkat menjelang kemuncak Tahun Melawat Malaysia 2026.