Artikel

Penganalisis Ekonomi, Madeline Berma Meninggal Dunia Di Usia 64 Tahun

Hari ini Malaysia menerima perkhabaran duka, apabila ahli ekonomi dan akademik Sarawak, Datuk Dr Madeline Berma dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 64 tahun. 

Buat pengetahuan umum, mendiang pernah berkhidmat selaku Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM selain pernah memikul tanggungjawab selaku Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim dan secara aktif berkongsi pandangan pada pembangunan ekonomi di Malaysia bersama kumpulan media.

Sumbangannya untuk makluman tidak hanya berpaksi kepada arena ekonomi semata tetapi turut melibatkan pembangunan sosial dalam pendidikan serta advokasi bersama komuniti. Antaranya mengfokuskan kepada pembangunan pada isu pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar serta memperkasakan penyertaan wanita dalam pasaran negara.