Walaupun berdepan kritikan akan penetapan harga tiket yang tinggi disusuli kos tempat letak kenderaan juga lebih mahal – Presiden FIFA Gianni Infantino kekal mempertahankan tindakan tersebut susulan ketika ini pihaknya menerima sehingga 150 juta permintaan tiket Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.
Menurut laporan Reuters, jumlah permintaan itu secara asasnya menyamai dengan 10 juta permintaan tiket pada setiap hari, tatkala penjualan tiket semasa hanya melibatkan sekitar 6 hingga 7 juta sahaja. Yang mana ketika ini sistem permohonan pembelian tiket telahpun bermula – dan terdapat 150 juta permintaan tiket telah direkodkan pihak FIFA. Buat pengetahuan umum, fasa permohonan pembelian tiket ini masih memiliki baki 2 minggu lagi sebelum ditutup pada 13 Januari 2026.
Setelah itu barulah FIFA membuka fasa undian, yang membolehkan kumpulan pengguna terpilih laksana pembayaran bagi perolehan tiket Piala Dunia 2026.
Kesan permintaan itu, ia secara jelas menunjukkan permintaan dalam tempoh 2 minggu adalah jauh lebih ramai berbanding jumlah tiket yang pernah dijual FIFA dalam tempoh 100 tahun iaitu melibatkan jumlah 44 juta tiket.