Artikel

Murid Sekolah Tidak Lagi Wajib Pakai Tali Leher Pada Tahun 2026 – KPM

Tahun 2026 akan memperlihatkan tiada lagi kewajipan pemakaian tali leher kalangan murid sekolah. 

Makluman ini menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicapai hasil Mesyuarat Profesional KPM Khas 2025 yang berlangsung pada awal Disember lalu. Di mana ia didasari akan keperluan asas pemakaian murid sekolah. Keputusan ini juga dicapai setelah mengambil kira realiti iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher pada setiap hari diteliti kurang sesuai serta berupaya menjejaskan keselesaan murid.

Malah dengan kelonggaran sedemikian ia juga membantu mengurangkan beban kewangan kepada kumpulan penjaga akan keperluan tali leher secara wajib ke atas pemakaian murid sekolah.

Dengan notis tersebut, ia bermakna pemakaian tali leher kekal dibenarkan namun dalam bentuk pilihan dan tindakan paksaan atau tekanan tidak dibenarkan ke atas kumpulan murid yang memilih untuk tidak memakai tali leher.