Artikel

Import Barangan AS Ke Malaysia Alami Lonjakan Pada 2024, Naik 42.1% Kepada RM126.3 Bilion – DOSM

Amerika Syarikat dilihat terus mengukuhkan kedudukannya selaku rakan dagangan utama Malaysia dengan jumlah dagangan meningkat 30% kepada RM325.2 bilion pada tahun 2024. Pada pecahan prestasi itu, ternyata aliran import barangan AS ke pasaran Malaysia telah memaparkan lonjakan 42.1% kepada RM126.3 bilion. Sementara permintaan eksport barangan Malaysia ke AS pula berkembang 23.3% kepada RM198.9 bilion.

Prestasi ini jelas Jabatan Perangkaan (DOSM) memeperlihatkan terdapat 5 kategori utama pada permintaan pembekalan antara kedua negara ianya meliputi barangan elektrik dan elektronik, barangan optik dan saintifik, jentera, kelengkapan dan peralatan, produk getah dan produk perkayuan.

Secara keseluruhannya, prestasi ini mencerminkan sinergi perdagangan yang semakin matang antara kedua-dua negara. Dengan sektor elektrik dan elektronik terus menjadi tunjang utama, kerjasama erat ini bukan sahaja menguntungkan imbangan dagangan negara, malah dijangka dapat membuka lebih banyak ruang kepada pemindahan teknologi yang luas bagi industri berimpak tinggi di Malaysia kelak.