Artikel

Rapid KL Lanjut Waktu Operasi Tren, Bas Sehingga 2 Pagi – Sempena Ambang Tahun 2026

Untuk memastikan kemudahan khidmat pengangkutan awam kekal tersedia – Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi perkhidmatan tren sehingga jam 2 pagi kepada orang awam pada 31 Disember 2025 ini bersempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026.

Sementara beberapa khidmat bas laluan terpilih dan Bas Rapid Transit (BRT) serta Rapid KL On-Demand pula jelas Prasarana Malaysia akan beroperasi sehingga 2.30 pagi pada 1 Januari 2026. Lanjutan waktu ini bertujuan memastikan pergerakan penumpang kekal lancar setelah acara sambutan tamat. 

Dengan pendekatan itu, ia sekaligus memberi penjimatan kepada penumpang dengan memiliki pilihan pengangkutan awam untuk perjalanan pulang. Secara menyeluruh lanjutan waktu operasi ini akan melibatkan 20 stesen rel, 7 stesen BRT, 21 laluan bas utama, perantara Rapid KL dan 9 zon ROD. Ini senarai stesen yang terlibat:

  • Kelana Jaya – Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park, Kampung Baru, USJ 7
  • Ampang/Sri Petaling – Hang Tuah, Masjid Jamek dan Maluri
  • Monorel – Bukit Bintang dan Hang Tuah
  • Kajang – Pasar Seni, TRX, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara dan Cochrane
  • Putrajaya – TRX, Persiaran KLCC dan Ampang Park
  • BRT Sunway – Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dan USJ7