Gas Malaysia Berhad hari ini mengumumkan penyelarasan tarif purata asas bagi pengguna sistem pengagihan gas asli yang dikendalikan oleh Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD) bagi tempoh 2026 hingga 2028.
Di bawah pelaksanaan ini, tarif purata asas ditetapkan pada RM1.880/GJ sehari, manakala tarif bagi penggunaan sistem pengagihan akan diselaraskan kepada RM2.114/GJ sehari.
Walau bagaimanapun, Gas Malaysia menegaskan bahawa perubahan tarif ini tidak terpakai kepada jualan Gas Petroleum Cecair (LPG) dalam bentuk silinder (gas memasak) mahupun bekalan LPG secara pukal. Melalui pelaksanaan tarif baharu ini, Gas Malaysia optimis dapat terus memperkukuh kecekapan operasi sistem pengagihan gas asli negara.