Artikel

RapidKL Hentikan Jualan Pas My50, Rapid Kota Dan Rapid Kembara – Di Aplikasi MyRapid Pulse Mulai 31 Disember

Pengguna pas perjalanan My50, Rapid Kota dan Rapid Kembara kini dimaklumkan tidak lagi boleh membeli pas mereka pada aplikasi MyRapid PULSE dan MyRapid Shop mulai 31 Disember 2025 ini.

Pemberhentian akses itu jelas RapidKL menuntut pengguna untuk membeli pas perjalanan di saluran lain. Di mana pas perjalan boleh dibeli disemua kaunter khidmat pelanggan RapidKL dan hab-hab terpilih untuk semua pas serta menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet bagi pas My50.

Dengan makluman ini, diharap semua pengguna peka akan perubahan pembelian pas terlibat disaluran yang disertakan. Segala maklumat lanjut, semua pengguna boleh hubungi emel [email protected] atau menerusi talian 03-7885 2585.