Artikel

KL, Selangor, Pulau Pinang Dan Putrajaya Rekod Kos Sara Hidup Tertinggi Di Malaysia

Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Putrajaya kini dilihat terus menjadi kawasan yang paling mahal untuk individu bujang tinggal di Malaysia.

Rekod di bawah analisis Indeks Kos Sara Hidup (PAKW) bagi tahun 2024 ini menunjukkan jurang perbezaan kos yang jelas berlaku mengikut negeri. Dengan Kuala Lumpur sebagai rujukan utama (100.0 mata indeks), Selangor mencatatkan indeks kedua tertinggi pada 92.0, diikuti oleh Pulau Pinang pada 84.3 dan Putrajaya pula 83.1.

Namun berbeza dengan rekod kos sara hidup melibatkan 4 isi rumah – apabila Melaka menjadi antara negeri yang memaparkan rekod kos sara diri tinggi dengan 83.0 mata.

Data ini mengesahkan bahawa penduduk di kawasan bandar raya utama dan hab ekonomi masih berdepan dengan tekanan kos perbelanjaan yang lebih tinggi bagi keperluan asas berbanding negeri-negeri lain seperti Perlis, yang merekodkan indeks terendah pada 68.2.

Secara menyeluruh, indeks itu turut memperincikan Kelantan, Kedah, Sabah dan Perlis antara negeri yang memaparkan tahap kos sara hidup lebih rendah berbanding KL selaku rujukan utama kos.