Artikel

Sabah Jadi Negeri Paling Ramai Penduduk Asing Pada 2025 – Dengan Lebih 1 Juta Penduduk

Sabah kini mencatatkan peratusan penduduk Bukan Warganegara tertinggi pada tahun 2025 iaitu mewakili 1.04 juta penduduk asing di Malaysia. Angka ini secara jelas memaparkan rekod tinggi tatkala jumlah menyeluruh populasi Sabah ketika ini dianggarkan sekitar 3.7 juta penduduk.

Data Statistik Migrasi Antarabangsa di bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) ini turut menjelaskan selain Sabah, negeri Selangor menjadi kedua tertinggi pada rekod tersebut dengan memiliki seramai 730,000 penduduk asing di pasaran negeri.

Biarpun Selangor dikedudukan kedua, namun daerah Petaling dilihat mendahului daerah Sandakan dengan rekod 230,000 penduduk asing pada tahun ini.

Sementara Johor pula dikedudukan ketiga dengan 390,000 penduduk asing, KL (270,000 penduduk asing) dan Pulau Pinang (180,000 penduduk asing).