Syarikat pelaburan dalam portfolio Permodalan Nasional Bhd (PNB) kini dituntut untuk memaparkan prestasi jangka panjang yang lebih kukuh dan setimpal pada pasaran semasa. Seruan ini tidak sekadar melindungi hak pemegang unit amanah tetapi turut membantu meningkatkan pulangan buat mereka secara tahunan.
Peringatan ini menurut laporan NST, untuk memastikan komitmen korporat selari dengan strategi pelaburan bersama kumpulan pemegang unit amanah. Supaya setiap rangka pelaburan dapat diterjemah pada pertumbuhan pulangan kelak.
Gesaan ini didasari akan prestasi korporat di Malaysia yang dilihat secara umumnya lemah – antaranya pada pulangan atas ekuiti, pertumbuhan pendapatan serta penciptaan nilai keseluruhan ke atas pemegang saham. Sekiranya prestasi ini berterusan, maka ini akan memberi tekanan kepada PNB selaku pelabur institusi dalam memberikan pulangan semula kepada pemegang unit.
Sebagai rekod, PNB memiliki kepentingan besar pada Maybank, Sime Darby, SD Guthrie, SP Setia Bhd, Duopharma Biotech, Velesto Energy, MNRB Holdings, Sapura Energy. Disusuli miliki lebih 10% pegangan iaitu lebihi RM1 bilion pada Telekom Malaysia, Tenaga Nasional, IJM Corp, Axiata Group, Gamuda dan CIMB Group.