Artikel

AirAsia MOVE Kini Miliki Lebih 70 Rakan Strategik Global – Termasuklah Ethiopian Airlines, Vietjet Air Dan Garuda Indonesia

Mengakhiri tahun 2025, AirAsia MOVE iaitu aplikasi sehenti penerbangan milik Capital A kini mengukuhkan kerjasama strategik mereka – apabila mengumumkan usahasama dengan 3 penerbangan antarabangsa utama iaitu Ethiopian Airlines, Vietjet Air dan Garuda Indonesia. 

Penyertaan syarikat penerbangan utama ini pada platform MOVE, sekali gus mengukuhkan kedudukan AirAsia MOVE selaku ejen pelancongan atas talian (OTA) tempatan di pasaran global.

Melalui kebersamaan itu, ini meningkatkan pilihan penumpang untuk menikmati akses rangkaian laluan serantau dan jarak jauh yang lebih luas di bawah satu aplikasi. Pada penyertaan itu, ini menjadikan terdapat lebih 70 syarikat penerbangan global menjalin kerjasama strategik bersama AirAsia MOVE bersama lebih 700 pilihan syarikat penerbangan lain melalui pembekal sah. 

Selain penerbangan, platform AirAsia MOVE turut menyediakan kemudahan kepada lebih 1 juta hotel, perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, jualan barangan bebas cukai secara atas talian, insurans perjalanan serta perkhidmatan lain.