Artikel

PETRONAS Jual 1 Juta Tan LNG Setahun Kepada CNOOC – Perkukuh Agenda Tenaga Bersih China

Dalam usaha mengukuhkan kerjasama pembekalan gas asli cecair (LNG) di peringkat global – PETRONAS melalui anak syarikat PETRONAS LNG kini mencapai persetujuan lanjutan jual beli (SPA) bersama firma China iaitu CNOOC untuk membekalkan 1 juta tan LNG setahun. 

Tindakan ini secara terus akan menyokong pertumbuhan China bersama agenda tenaga bersih antarabangsa iaitu mencapai matlamat pelepasan karbon sebelum 2030 dan neutraliti karbon menjelang 2060.

Dengan kesepakatan jangka masa panjang itu, ia menunjukkan PETRONAS kekal menjadi pilihan kalangan pemain pasaran gas utama di Asia. Bersama komitmen itu, PETRONAS optimis meneruskan usaha pembekalan LNG di pasaran serantau.