Artikel

Kelantan Bangunkan Portal Info Rakyat – Jadi Terminal Rujukan Digital Perkhidmatan, Skim Bantuan

Untuk memastikan semua penduduk negeri meraih maklumat lengkap akan komitmen pentadbiran, Kelantan kini membangunkan Portal Info Rakyat untuk meluaskan saluran maklumat perkhidmatan secara digital – ini termasuklah maklumat seperti skim bantuan serta sebarang skim sokongan. 

Medium ini juga jelas laporan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) turut menyertakan panduan kepada penduduk negeri akan sebarang keperluan dokumen tanpa memerlukan pihak tertentu hadir ke cawangan fizikal untuk laksana permohonan secara manual.

Untuk penambahbaikan juga, portal ini turut mendapat sokongan maklum-balas bersama 54 jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menerusi kebersamaan itu, Kelantan optimis portal ini berupaya memenuhi keperluan maklumat pengguna sebelum dilaksanakan secara menyeluruh secara rasmi pada 2026 kelak.