Artikel

CIMB, WeChat Pay Sedia Akses Rentas Sempadan – Mudahkan Peniaga, Galak Pelancong China Guna DuitNow QR

CIMB Bank kini mengumumkan kerjasama strategik dengan WeChat Pay melalui penyelesaian khusus, Weixin Mini Program, untuk memperkasakan perniagaan peniaga di bawah naungan CIMB. Kolaborasi ini bermakna dapat membantu peniaga tempatan meraih peluang perniagaan yang lebih kukuh bersama pelancong China. 

Dengan menyepadukan akses ini bersama Weixin Pay, peniaga di Malaysia boleh mempamerkan tawaran mereka secara digital, menarik minat pelancong China sebelum mereka tiba di Malaysia, serta memudahkan transaksi di kedai melalui DuitNow QR. Ekosistem ini mewujudkan kemudahan buat pelancong dan memberikan kelebihan daya saing kepada peniaga Malaysia, terutamanya dalam sektor peruncitan, makanan & minuman (F&B), serta perhotelan.

Melalui akses pembayaran rentas sempadan ini, ia juga dapat mewujudkan peluang yang memperkasakan komuniti serta perniagaan negara. Dengan memudahkan peniaga meraih akses ekonomi digital yang lebih menyeluruh bersama pasaran dari China.

Matlamat ini dilihat seiring dengan kemasukan pelancong China yang direkodkan mencapai hampir 1.8 juta orang dalam tempoh 5 bulan 2025. Rekod itu wajar dimanfaatkan peniaga Malaysia disamping mengukuhkan pertumbuhan komersial secara berkala.