Artikel

Lebih 5.2 Juta Murid Terima RM150 Bantuan Awal Persekolahan 2026 – Secara Tunai

Seiring dengan matlamat meringankan bebanan kos pendidikan – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6.

Bantuan tunai ini dijelaskan akan mula diagihkan pada 11 Januari 2026 – secara serahan tunai. Di mana dilaksanakan melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa.

Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa. Bersama komitmen ini, KPM optimis ia akan terus meningkatkan kebajikan dan memelihara kepentingan pelajar secara berkala dalam meraih pendidikan yang berkualiti di pasaran semasa.