Artikel

Inflasi Malaysia Kini Meningkat 1.4% 

Setelah mengalami peningkatan yang lebih kecil pada Oktober lalu, paras inflasi Malaysia di bawah ukuran Indeks Harga Pengguna (IHP) kini memaparkan peningkatan 1.4% bagi rekod November 2025. 

Data di bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) ini menjelaskan kenaikan kadar itu didorong oleh peningkatan kos pada segmen Pendidikan (2.6%), Minuman Alkohol, Tembakau (2.4%) dan Pengangkutan (0.2%). Sementara kos pada segmen Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Barangan, Perkhidmatan turut memaparkan kenaikan 5.6%, disusuli segmen Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.7%).

Manakala beberapa segmen lain pula kekal memaparkan paras kos yang sama seperti Insurans, Perkhidmatan Kewangan (5.6%), Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (3.4%), Makanan dan Minuman (1.5%), Kesihatan (1.5%) dan Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan (1.2%).

Sementara tumpuan pada bahagian makanan pula memperlihatkan kos makanan di luar rumah alami peningkatan lebih perlahan kepada 2.8% – antaranya seperti kuih-muih (5.2%), Nasi Babi Panggang (4.3%), Sayuer yang dimasak (2.5%), Martabak (3.9%) dan Makanan Barat-Ayam (0.4%).

Untuk taburan negeri pula – DOSM dapati terdapat 4 negeri merekodkankan peningkatan paras inflasi lebihi paras nasional ianya adalah Johor (1.9%), Negeri Sembilan (1.9%), Kuala Lumpur (1.7%) dan Selangor (1.6%). Manakala Kelantan pula jadi negeri yang merekodkan paras inflasi terendah iaitu 0.2%.