Artikel

CTOS Digital Lupuskan Pegangan 26% Pada Experian Information Services

CTOS Digital kini memaklumkan mereka termasuk anak syarikat telah melakukan perjanjian bersama Experian (Malaysia) Sdn Bhd, untuk melupuskan pegangan 26% pada Experian Information Services. Penjualan ini akan mengambil nilai transaksi sebanyak RM80 juta.

Untuk makluman, sebelum ini CTOS telah mendapatkan pegangan pada syarikat berkenaan pada 2019 lepas, pada nilai RM56.2 juta. Ini sekaligus memperlihatkan penjualan ini menjana keuntungan kepada pihak CTOS.

Penjualan ini juga dikatakan sebagai langkah pengoptimasian strategi syarikat dan portfolio pelaburan mereka.