Artikel

Selangor Kekal Larang – Pengguna Bawa Haiwan Ke Pusat Beli-Belah

Untuk pastikan segala tindakan, panduan sejajar dengan sensitiviti masyarakat pelbagai kaum – Selangor menegaskan pihak negeri masih mengekalkan larangan bawa haiwan ke mana-mana pusat membeli-belah di negeri itu.

Larangan ini menurut laporan Media Selangor bersama Exco Pelancongan Negeri adalah mengambilkira amalan pembudayaan kalangan masyarakat Malaysia yang memiliki pelbagai kaum dan agama. Polisi ini dijelaskan boleh disesuaikan secara berkala namun ia wajar diteliti semula bersama pihak berkepentingan supaya tidak mengenepikan hak mana-mana pengguna negara.

Namun buat masa ini tiada pusat membeli-belah di Selangor dibenarkan laksana polisi mesra-haiwan.