Artikel

Bhutan Mahu Labur Hasil Bitcoin $1 Bilion, Bina Hab Ekonomi – Atasi Isu Pengangguran Belia

Biarpun dikenali sebagai negara yang memiliki tahap kebahagiaan tinggi, Bhutan tidak terkecuali daripada berdepan isu kadar pengangguran yang semakin meningkat di pasaran ekonomi mereka khususnya kalangan belia.

Sebagai tindak balas terhadap situasi itu, Bhutan kini mahu memanfaatkan hasil rizab 10,000 Bitcoin bernilai $1 bilion daripada rizab mata wang kripto nasional mereka bagi membangunkan sebuah “Bandar Kesedaran Gelephu” (Gelephu Mindfulness City). Projek ini dirangka untuk menjadi hab ekonomi utama yang bakal mengubah landskap kewangan negara tersebut.

Selain menarik pelaburan asing menerusi GMC mengikut laporan, Bhutan turut memperkasakan projek kuasa hidro bagi menjana pendapatan besar melalui eksport tenaga elektrik ke India, yang kini mempunyai permintaan tenaga yang sangat tinggi.