Artikel

Prasarana Umum Naikkan Harga Sebilangan Pas Perjalanan Rapid KL – Mulai 1 Januari 2026

Berkuatkuasa 1 Januari 2026 ini, Prasarana akan naikkan harga sebilangan pas perjalanan RapidKL. Perihal ini selari dengan matlamat kumpulan untuk menjamin kestabilan perkhidmatan bagi jangka masa panjang bersama pengguna.

Buat pengetahuan umum, pelarasan ini adalah kali pertama dilaksanakan sejak tahun 2009. Penerapan kadar harga baharu ini juga diteliti dan ia mengambilkira pelbagai faktor antaranya isu tekanan kos semasa.

Maka untuk memudahkan pengguna, ini perincian pelarasan harga pas perjalanan yang berubah bermula 2026:

  • Rapid Kota (warganegara) – RM10 (pas 1 hari), RM25 (pas 3 hari)
  • Rapid Kembara – RM25 (pas 1 hari), RM55 (pas 3 hari)
  • Rapid Keluarga (warganegara) – RM30
  • Rapid Bulanan *pas baharu – RM150 (terbuka untuk warganegara dan bukan warga negara)

Sementara pas My50, Rapid Emas dan Rapid Mesra kekal tanpa sebarang perubahan harga. Untuk ketahui lanjut, semua pihak boleh layari laman Prasarana untuk perincian seterusnya.