Bermula Januari 2026, Jambatan Angkat Kuala Terengganu mengumumkan akan menguatkuasa palang penghadang dengan had ketinggian 3.5 meter serta had berat kenderaan lebihi 5 tan kepada orang awam. Ini bermakna kenderaan sedemikian tidak lagi dibenarkan melalui jambatan tersebut.
Tindakan ini mengikut laporan RTM bertujuan untuk menambahbaik tahap keselamatan pengguna jalan raya selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan melindungi infrastruktur Jambatan Angkat tersebut, yang merupakan bangunan ikonik negeri Terengganu.
Sebagai perincian pemasangan had tersebut telahpun dilaksanakan bersama pemaparan peringatan di skrin LED untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya semasa. Sebagai langkah alternatif, pihak Ti Properties meminta semua pemandu kenderaan berat berkaitan untuk memilih laluan alternatif seperti Jalan Sultan Mahmud dan Jambatan Manir sedia ada, selain merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas kelak.